Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Barrack Obama gagal menyembunyikan tembelang Amerika apabila tersasul mendedahkan pihaknya akan segera melatih militan IS.
Obama berkata demikian dalam satu sidang media setelah pertemuan tergempar dengan Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Katanya, "Justeru itu, sebagai langkah tambahan, saya telah mengeluarkan arahan pada bulan lalu, kita akan segera melatih pasukan ISIL, termasuk relawan dari kabilan Sunni di Wilayah Anbar."

(Kenyataan ralat yang dikeluarkan pihak Pentagon)
Kenyataan Obama ini kemudiannya diralatkan pihak Pentagon dengan memasukkan perkataan Iraqi sebagai maksud perkataan ISIL.
Ucapan Obama ini bukanlah kali pertama diralatkan Pentagon.
Setelah krisis keganasan tercetus di Iraq, Amerika telah mengepalai beberapa negara yang didakwa membawa misi membasmi kumpulan pengganas IS.